Resepi Masakan Dapur MK

Resepi Masakan Dapur MK


Resepi Mee Hailam yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa

Bahan-bahan

  • 1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
  • Perencah ayam/udang/sotong
  • Sos tiram
  • 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
  • 6 biji cili api
  • 3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
  • Sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara-cara

  • Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian
  • letak air 3 cawan dan 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
  • Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Masukkan sayur-sayuran dan mi.


Resepi Nasi Ayam Tomyam yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa

BAHAN A
Ayam sebelah - di potong dua atau tiga
1 kiub ayam
1 inci halia 
1 bungkus sup bunjut 
1 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih 
1 kuntum bunga lawang, 2 kuntum buah pelaga dan 2 kuntum bunga cengkih 
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™

UNTUK NASI - BAHAN B 
3 cawan beras 
4 cawan air rebusan ayam
2 helai daun pandan - di simpul
3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia - di mayang halus 
sedikit pewarna kuning 
minyak untuk menumis

UNTUK PERAPAN AYAM - BAHAN C 
1 sudu besar pes tomyam 
1 1/2 sudu besar kicap sotong/ikan Thai 
2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1cm lengkuas & 1cm halia dan 1 tangkai daun ketumbar beserta akar - di tumbuk lumat 

Cara membuatnya:

1. Rebus ayam bersama-sama bahan A hingga masak dan keluarkan ayam. Masukkan 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™ di dalam air rebusan untuk di jadikan sup. Asingkan 4 cawan air rebusan ayam untuk memasak nasi.

2. Lumur ayam yang di rebus tadi dengan bahan-bahan C dan perapkan seketika agar bahan-bahan meresap ke dalam isi ayam. Seterusnya goreng atau bakar di dalam ketuhar hingga garing dan masak. Saya gunakan kaedah membakar.

3. Sementara itu tumis bahan-bahan untuk nasi ke dalam periuk dan masukkan beras. Masukkan juga air rebusan ayam dan masak seperti nasi biasa. Seimbangkan juga rasa nasi dengan memasukkan sedikit garam atau kiub ayam jika air rebusan ayam yang di gunakan kurang masin.

4. Setelah nasi masak, bolehlah di hidangkan dengan sos cili Thai dan kicap, jika suka.


Resepi Nasi Beriyani Udang Bombay yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa

Bahan-bahan:
3/4 kg beras wangi (sebaik-baiknya beras Basmathi)
200ml air
200ml susu cair
2 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu teh pewarna kuning telur
1/2 sudu teh pewarna kuning oren
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™


Bahan kisar:
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5cm halia
1 sudu makan rempah kurma
3 biji lada hijau

Bahan tumisan:
1 sudu teh serbuk jintan manis
5cm kulit kayu manis
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dan marjerin dalam kuali.
2. Tumis semua bahan tumisan dan  bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan pati ikan bilis serta beras dan gaul rata.
4. Masukkan susu cair dan juga air.
5. Kacau sekali-sekala supaya tidak berkerak dan masukkan 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™.
6. Apabila nasi sudah kembang dan mengering, pindahkan ke dalam periuk pengukus.
7. Kukus selama 15 minit.
8. Buka tutup periuk dan titikkan warna-warna di atas nasi dan tutup kembali.
9. Apabila nasi telah masak, kaup nasi supaya warna-warna tersebar merata.
10. Angkat dan hidangkan bersama udang harimau masam manis.


Resepi Sup Ikan Merah yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa


Bahan-Bahan

Seekor Ikan Merah (yang sederhana)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
kentang dan  tomato - dipotong
daun sup / daun bawang
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™

Cara Penyediaan

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan air secukupnya, biarkan mendidih sebelum dimasukkan ikan.
Kemudian masukkan 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™ dan kalau nak kuah lebih, sila tambah air ye...
Seterusnya masukkan kentang sehingga empuk kemudian baru masukkan tomato, biarkan sekejap dan tutup api. Siap untuk dihidangkan dan tabur daun sup/daun bawang.... Mudah jer kan.....

Resepi Som Tam yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa

Bahan-bahan:

1 biji betik muda
1 biji mangga muda
1 batang lobak
4 biji cili padi
6 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
5 sudu besar gula kabung
4 sudu besar sos ikan
4 sudu besar jus limau nipis
2 biji tomato – dipotong dadu
3 tangkai kacang panjang
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™


Cara Membuat;

1.Tumbuk kasar cili padi , udang kering.
2.Masukkan bahan yang ditumbuk daka bekas besar berisi bahan yang disagat (mangga,betik,lobak).
3.Masukkan cuka , jus limau nipis ,kacang panjang, tomato dan 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™.Gaul semua hingga sebati.
4.Boleh dihidangkan.


Resepi Kari Laksa yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa

Bahan2:

Bahan A
  • 2 ketul leher ayam
  • 6 cwn air
  • 1/2 cwn minyak masak 
  • 2 cwn santan

Bahan B
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1  inch halia
  • 1 btg serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering 
  • 1/4 cwn udang kering
  • 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™

Bahan C
  • 3 ekor udang - xde stok
  • 2 sudu makan isi kerang
  • 3 bj bebola ikan

Bahan D
  • 1 inch kulit kayu manis
  • 1/2 cwn serbuk kari daging 
  • 15 helai daun kari

Bahan F
  • 2 cwn laksa- rendam dlm air panas 
  • 1 bj telur rebus
  • 2 sb hirisan timun
  • 1 bj tauhu pok 
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 sk bawang goreng

Cara2:
  •  Panaskan minyak dan tumis bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
  • Masukkan Bahan D, ayam, dan kacau.
  • Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
  • Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama setengah jam 
  • Masukkan bahan F dlm mangkuk dan tuangkan kuah.
  • Tabur bawang goreng dan daun sup.

Resepi Yee Mee Kicap yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa

Bahan Ditumbuk:
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
Bahan Sampingan:
  • 1/2 ekor ayam, potong kecil 
  • 10 keping cendawan hitam, rendam hingga kembang
  • 1 batang lobak merah, hiris nipis
  • sedikit sawi, potong kecil
  • 1 biji tomato, potong kecil
  • telur 4 biji 
  • 3 sanggul yee mee kering 
  • 4 - 5 cawan air
  • bancuhan tepung jagung + air (1 1/2 sudu besar tepung jagung + 1/3 cawan air)
Bahan Sos (campurkan semua dalam mangkuk kecil)
  • 5 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
Cara-Cara Masak Kuah:-
  1. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebentar.
  3. Masukkan 4-5 cawan air dan biarkan mendidih sehingga ayam separuh empuk.
  4. Masukkan cendawan hitam, carrot dan sos dan didihkan sehingga ayam empuk.
Cara Hidang:
  1. Sendukkan kuah dan ayam ke dalam hotplate , biarkan didih sebentar.
  2. Perlahankan api dan masukkan campuran tepung jagung dan sedikit air untuk memekatkan kuah.
  3. Kemudian masukkan yee mee, tambahkan kuah jika perlu, masukkan sawi dan tomato.
  4. Pecahkan 4 biji telur kedalam kuah. biarkan mendidih sebentar sebelum di hidangkan dengan potongan cili padi dan kicap...


Resepi Kari Kepala Ikan yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa

Bahan-Bahan:

700 gram kepala ikan merah, boleh di gantikan dengan ikan lain.

Bahan untuk di tumbuk

3 ulas bawang merah*
3 ulas bawan putih*
1 inci halia.*
1/4 biji bawang besar*

Bahan untuk di tumis

3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil halba campur
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari

Bahan-bahan lain berkaitan

2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 paket rempah gulai ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato di potong 4
5 batang bendi
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™

Cara Penyediaan:

Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *
Bancuhan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat
Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.

Siap dan sedia dihidangkan.

Resepi Gulai Lemak Pucuk Ubi Daging Salai yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa

Bahan-bahan:

1 kg daging lembut

sedikit kunyit serbuk - untuk salai daging

segenggam cili api 

1 inci kunyit hidup

1 inci halia - dihiris

2 ulas bwg kecil - dihiris

3 batang serai - diketuk

santan 

1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™


Cara Penyediaan:
Kelar kepingan daging dan lumur 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™ dan serbuk kunyit
Panggang daging atas bara sehingga kering. Hiris daging menjadi kepingan.
Sambil tu pilih pucuk ubi yang muda dan lembut. Ketepikan. 
Kisar atau tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.

Satukan bahan kisar,daging salai,santan serta serai dan  bahan hiris.

Masak diatas api yang sederhana. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak sehingga kuah mula memekat.

Apabila santan dah mula memekat masukkan garam serta pucuk ubi simpul tadi.
Kacau sebati dan biar kuah mereneh seketika. Apabila kuah dah mula memekat. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Resepi Sambal Tempe Hijau yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa

Bahan-bahan:

tempe 
bawang besar - 1 labu
cili hijau -6 biji
cili padi- 5-6 biji
bawang putih - 3 ulas
bawang merah - 2 ulas
belacan- 2 inci
jus asam jawa
minyak
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™

Cara-cara:

hiris tempe dan goreng
Blend cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih 
Tumis bahan tumbuk/blended tuh bersama belacan dan bawang besar yg dihiris. Tumis hingga agak garing, Masukkan sedikit air asam jawa..kacau-kacau letak 
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™ masukkan tempe...
Kacau-kacau kejap..

angkat.
Makan.
Older Posts Home

FOLLOW US ON FACEBOOK

Hit Counter

hit counter

Categories

  • cakes
  • Chinese Food
  • cookies
  • Diet Atkins
  • Gallery
  • Icecream
  • kuih muih
  • Lawak Jenaka
  • Movie
  • Petua
  • Resepi Antarabangsa
  • Resepi Malaysia
  • ResipiMK
  • Share It
  • Video

POPULAR POSTS

  • KERABU PUCUK UBI DAN TAUGEH
    Bahan-Bahan:- 2 ikat pucuk ubi kayu (dihiris halus, direbUs dan diperah airnya) 1 genggam taugeh  - celur  1 cawan kelapa (diparut...
  • Khasiat Tongkat Ali Dan Ginseng Yang Membuatkan Orang Ramai Menyesal
    Khasiat Tongkat Ali Dan Ginseng Yang Membuatkan Orang Ramai Menyesal Negara China merupakan antara negara dahulu kala yang sangat mengag...
  • BISKUT SAMPAN NESTUM
    Bahan-bahannya:- 250 gram mentega - pd suhu bilik 140 gram gula perang 1 biji kuning telur 1/2 sudu kecil essen vanilla Bahan Ku...
  • NASI GORENG UDANG
    Bahan-bahan:- 3 biji bawang putih - dicincang 2 biji bawang besar - dicincang 6 biji cili api- dihiris 3 Sudu sos tiram 2 biji t...
  • KERABU SOTONG
    Video : Resepi dan cara membuat kuih keria REPORT BROKEN KERABU SOTONG Bahan: 500 gram sotong (buangkan kulit d...
  • Senaman Untuk Mengecilkan Payudara
    Ada sesetengah wanita yang selesa dan bangga mempunyai payudara yang besar.Namun, bagi mereka yang mempunyai tubuh yang kecil pastinya me...
  • POWER ROOT MEMBONGKAR RAHSIA DI SEBALIK ALICAFE TONGKAT ALI DAN GINSENG
    POWER ROOT MEMBONGKAR RAHSIA DI SEBALIK ALICAFE TONGKAT ALI DAN GINSENG Jenama kopi Tongkat Ali dan Ginseng pracampur no.1 Malaysia, Po...
  • KUEW TEOW TOM YAM (KURUS THE KONJAC FOOD)
    1. Didihkan 1 mangkuk air 2. Masukkan 1 sudu paste tomyam thai (botol ungu, 1 sudu 1.5g carb) 3. 1 dada ayam dipotong dadu, masukkan ...
  • Ikan Siakap Masak Kicap MAGGI® CukupRasa™
    Ikan Siakap Masak Kicap yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa Bahan-bahan ( 2-3 orang ) 4 ekor ikan kem...
  • Agar-agar Lapis Bandung Oreo
    Agar-agar Lapis Bandung Oreo Bahan-bahan : 24 gram agar-agar 5 cawan air 1 cawan susu cair Gula secukupn...

Advertisement

Copyright © 2016 Resepi Masakan Dapur MKDapur MK