[WAJIB BACA] Ada Ramuan Dalam Roti Yang Bahaya Untuk Kesihatan?



Ada Ramuan Dalam Roti Yang Bahaya Untuk Kesihatan?


Betul ke ada ramuan dalam beberapa jenis roti yang bahaya untuk kesihatan? Selain nasi, roti juga menjadi antara makanan yang boleh dikatakan setiap hari kita akan makan. Mungkin ada antara kita yang tak pernah terfikir ada bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan roti itu ada kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan kita

Info yang puteri dapat setelah membaca satu artikel dalam mingguan wanita, puteri kongsikan di sini. Antara bahan-bahan membuat roti yang dikatakan memberi kesan negatif kepada kesihatan kita adalah:

L-eysteine – merupakan sejenis zat penghalus yang dihasilkan di makmal dari sumber yang semulajadi. Bunyi macam selamat je kan, tetapi bahan semulajadi yang dimaksudkan adalah bulu ayam, tanduk lembu, rambut manusia dan macam-macam lagi…erkkk

Pottasium Bromate – bahan ini boleh menjadi molekul kepada pembentukan kanser dan boleh menyebabkan penyakit kanser ginjal dan tiroid. Malah telah diharamkan penggunaannya di beberapa negara antaranya Eropah, Brazil, China dan Korea Selatan.

roti

Azodicarbonamide – bahan untuk melembutkan roti yang didapati bahaya untuk sistem pernafasan, asma dan beberapa masalah alergi yang lain. Bahan ini juga telah dilarang penggunaannya di Singapura.

Fruktosa – bahan untuk mengembang dan memberi warna keperangan pada roti yang juga dikenali sebagai sirap jagung. Menyebabkan obesiti, tekanan darah tinggi, penyakit hati, sindrom metabolisme dan beberapa penyakit lain yang berkaitan.

Sahih atau tidak, puteri tidak pasti sebab puteri bukannya pakar sains untuk membuat kajian. Tetapi kalau dah ada negara yang dah sampai ke tahap mengharamkan penggunaan bahan tersebut, makanya memang la ianya ada kesan negatif kepada kesihatan manusia kan.

Sebagai pengguna dan pembeli yang bijak, seeloknya kita baca dulu senarai bahan sebelum membeli sesuatu. Sekurang-kurangnya kita dapat tahu apa yang kita makan dan minum. Kalau ada bahan yang kita rasa was-was, bolehlah kita cari info lebih di google atau tanya pada mereka yang lebih pakar.

Kalau rasa nak lebih selamat, bolehlah Belajar Buat Bun Homemade. Selain kita tahu isi kandungannya, rasanya pun pasti lebih sedap.

INGIN WAJAH FLAWSLESS?






Anda sudah mencuba pelbagai produk namun masih belum dapat produk "peneman" kulit wajah anda? Apa kata pakar kami? :)

  • ALORA SKINCARE merupakan satu produk yang sangat bermanfaat daripada segi bahan dan kesannya kerana dirumus dengan herba yang terpilih dan menggabungkan teknologi saintifik untuk menjaga kulit muka anda tanpa memberi kesan sampingan yang sangat dahsyat akibat penggunaan bahan kimia yang melampau.


----------------------------------------------------------------------
Facebook ALORA SKINCARE HQ DI SINI- Klik Di Sini
----------------------------------------------------------------------


Faedah Lain:-


  • Menegangkan kulit muka
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Mengecutkan jerawat
  • Menyerikan wajah
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Memperbaiki keanjalan kulit





     Whatsapp  ----> 013-711 2885




Share:

0 comments