Terdapat 7 Benda Paling Banyak Kuman Selain Mangkuk Tandas


Ramai yang tidak menyedari bahawa ada peralatan yang digunakan sehari-hari itu sebenarnya lebih jijik atau kotor daripada tandas!

Berdasarkan daripada beberapa sumber, terdapat beberapa benda yang dikatakan lebih banyak menyimpan kuman berbanding tandas. Jom Semak!


1. Telefon Bimbit

Tahukan anda bahawa, dianggarkan 16 peratus lebih banyak bakteria yang melekat pada telefon bimbit berbanding daripada tandas.Satu daripada sepuluh telefon bimbit mengandungi kuman dan pelbagai virus penyakit. Ini adalah kerana telefon tersebut diletakkan hampir di setiap tempat yang mungkin membuatkan lebih banyak kuman berpindah ke situ.

Telefon bimbit menjadi semakin berbahaya jika digunakan oleh pengidap selesema atau batuk kerana bakteria atau virus dalam mulut mereka akan terbang dan hinggap di telefon.Ketika anda atau orang lain menggunakan telefon tersebut,potensi masuknya kuman penyakit ke dalam mulut menjadi semakin besar. Hati-hati jika ada memberikan orang lain meminjam telefon bimbit anda.



2. Span Mencuci Pinggan Mangkuk

Meskipun span berfungsi membersihkan peralatan dapur yang kotor, span mencuci pinggan mangkuk yang anda gunakan sehari-hari itu boleh menyimpan sekitar 10 juta bakteria.Bahkan, melalui hasil kajian mendapati bahawa span 200 ribu kali lebih kotor daripada tandas anda.



3. Pakaian Dalam Mesin Basuh

Ketika memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh, anda telah memindahkan 500 juta bakteria E.coli dalam satu ruangan yang tertutup.Selain itu, air yang tidak boleh keluar di bahagian dasar mesin basuh tersebut membuat udara menjadi lembap, sehingga kuman menjadi lebih cepat membiak.



4. Alat Pemanggang

Dengan adanya alat pemanggang, anda boleh menyajikan banyak makanan yang enak buat keluarga tersayang.Tapi, tahukah anda alat pemanggang tersebut boleh menyimpan sehingga 1,7mikroba dan kuman per inci.Sisa makanan di atas pemanggang membuatkan bakteria menjadi lebih mudah membiak. Pemanggang juga menyimpan bakteria dua kali lebih banyak jika dibandingkan dengan tandas anda.



5. Berus Gigi

Ramai kurang tahu bahawa meletakkan berus gigi di bilik mandi adalah tindakan yang salah. Ini adalah kerana setelah anda menggunakan tandas, udara di sekitarnya b0leh menerbangkan partikel kuman yang boleh mencapai ketinggian enam meter.

Bakteria itu boleh saja singgah atau hinggap di salah satu berus gigi yang anda letakkan di dalam tandas. Jadi, tidak mustahil kuman-kuman tersebut akan melekat pada berus gigi tersebut.Selain itu, jangan sesekali membenarkan orang lain menggunakan berus gigi anda. Ada yang mengatakan terdapat 10 juta bakteria yang bersarang dalam sebatang berus gigi.

British Dental Association (BDA), menyatakan  mulut adalah salah satu ‘sarang’ kuman dan virus, termasuk ‘virus herpes simplex’, yang boleh hidup selama dua hari, bahkan di berus gigi yang kering. Kuman boleh membiak subur di dalamnya kerana berus gigi selalunya diletakkan di dalam bilik mandi yang lembap.



6.Hirisan Buah-buahan

Hiasan hirisan lemon atau buah-buahan lain yang terselit cantik   di tepi gelas minuman ternyata membahayakan kesihatan.

Hasil kajian yang dibuat  oleh Journal of Environmental Health, hampir 70 peratus hirisan lemon yang bertenggek di bibir gelas mengandungi mikroba penyebab penyakit. Para penyelidik telah melakukan pemeriksaan dengan memesan minuman di 21 buah restoran berbeza.

Setelah diperiksa, mereka telah menemui hampir 25 mikroorganisme, terdapat bakteria E.coli yang boleh mengakibatkan keracuunan serius pada manusia.



7. Buku Senarai Menu

Ketika di restoran ataupun kedai-kedai makan, anda pasti melihat menu terlebih dahulu sebelum memesan makanan.Percaya atau tidak, buku menu tersebut ternyata menyimpan banyak makanan. Sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Journal of Medical Virology, virus-virus penyebar selesema dan demam boleh melekat di permukaan yang keras selama 18 jam.

Bayangkan saja, jika di sebuah restoran terdapat ratusan pelanggan pada setiap hari yang tidak pasti sejauh mana tahap kesihatannya.  Tanpa disedari, pelanggan yang terkena selesema mungkin telah menularkan penyakit pada anda melalui buku menu yang dipegangnya.

Untuk mencegah penyebaran penyakit, sebaiknya jangan sampai buku menu tersebut terkena piring, senduk, sudu ataupun garpu. Anda disarankan, mencuci tangan setelah memesan atau jangan lupa memakai gel antiseptik.

Share:

0 comments