PUDING TEMBIKAI


  • Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk 
  • 2 keping roti gardenia *
  • 6 cawan air 
  • 1 1/2 cawan gula 
  • 1/2 tin susu pekat 
  • 1 cawan susu cair 
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil
  • sedikit pewarna hijau /merah / kuning


Cara Membuatnya:

01.  Masak agar-agar bersama gula dan air hingga larut dan hancur. 

02.  Sementara itu, carik-carikkan dan rendam roti dalam susu cair.  Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis. Blend hingga halus.

03.  Setelah agar-agar dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.

04.  Sediakan  2 acuan untuk membuat puding tembikai merah dan puding tembikai kuning. Ambil 1 cawan  adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai). Biar keras sedikit.

05.  Ambil 3/4 cawan warna asal, curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit.

06.  Adunan selebihnya di bahagikan kepada 2 warna iaitu, kuning dan hijau. Curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. 

07.  Biar sejuk. Simpan ke dalam peti sejuk. 

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Share:

0 comments