Resepi Asam Laksa
Asam laksa boleh dikatakan antara sejenis menu atau hidangan yang lengkap dan menyihatkan. Langsung tak guna minyak. Semuanya direbus sahaja. Memang sesuai untuk individu yang menjaga badan.
Resepi Asam Laksa Sedap
Bahan-bahan
Mi Laksa
5 ekor ikan kembung (saiz sederhana/ besar)
1 tin kecil sardin
2 kuntum bunga kantan(dibelah dua)
2 ikat daun kesom
5 sudu besar cili kering (dikisar)
5 biji bawang besar (dikisar)
2 inci belacan (dikisar)
5 sudu besar air asam jawa
2 batang serai (diketuk/dihiris)
(untuk hiasan)
Timun (hiris)
Salad (hiris)
Cili Merah (hiris)
Telur Rebus
Daun Pudina
Nenas (potong kecil)
Bawang Besar (mayang halus)
Cara Membuat Asam Laksa
1) Rebus ikan yang telah disiang dan dicuci bersih. Setelah masak, toskan ikan dan biarkan sejuk. Simpan air stok rebusan ikan tadi untuk membuat kuahnya.
2) Bila ikan dah sejuk, asingkan isi dan tulangnya. Isi ikan pula boleh ditumbuk atau diracik.
3) Rebus bahan-bahan kisar, air rebusan ikan, ikan sardin yang telah dilenyek, isi ikan, serai, air asam jawa di dalam periuk. Kacau dan biarkan mendidih. Boleh tambahkan air jika kuah tidak mencukupi.
4) Masukkan daun kesom dan bunga kantan. Biarkan mendidih sehingga kuah pekat. Tambahkan garam secukup rasa.
5) Sementera menunggu kuah masak, bolehlah sediakan mi laksa. Kalau guna yang kering, kena rebus dahulu.
6) Akhir sekali, letakkan mi laksa dalam mangkuk, tuangkan kuah yang dah siap masak dan taburkan bahan-bahan hiasan.
Mudah kan nak buat resipi asam laksa yang sedap ini. Cuma masa nak asingkan isi dan tulang ikan je agak melecehkan sedikit. Pastikan tiada tulang dalam isi ikan tu, tak pasal-pasal nanti tercekik pula bila menghirup kuah asam laksa.
Selamat Mencuba.
Tags:
Resepi Malaysia
0 comments