TALAM LAPIS CENDOL


Bahan Lapisan Bawah A:-
200gm tepung beras*
250gm santan pekat*
450ml air*
1 sudu besar tepung jagung*
150gm gula kaster (saya guna 120gm sahaja mcm Kak Bdaria)
1 susu teh garam

Bahan Lapisan Bawah B:-
100gm cendol@1 paket kecil

Cara-Caranya:
1.Satukan bahan bertanda (*) dan tapis ke dalam periuk.Masukkan bahan lain di bahagian A.

2.Masak bahan A sehingga naik wap.(Jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu untuk mengacau.

3.Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).

4.Angkat dan masukkan cendol.Gaul rata.

5.Masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah disapukan dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.

6.Kukus selama 25 minit.

7.Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu.


Bahan Lapisan Atas A:
300gm gula melaka
50gm gula kastor
500ml air

Bahan Lapisan Atas B:
150gm tepung gandum
3 biji telur (boleh guna 5 biji telur kalau nak banyak telur)
250ml santan pekat
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
1.Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.

2.Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.

3.Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk.

4.Masak hingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).

5.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Share:

0 comments