Tips Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka

Tips Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka


Kaum wanita sering berdepan dengan masalah bintik hitam di muka. Selain jerawat dan jeragat kemunculan bintik hitam dan bintik putih akan menjadikan kulit wajah nampak kusam dan tidak berseri.

Bintik hitam selalunya boleh kelihatan di bahagian hidung, dahi dan dagu. Ia berpunca dari muka yang berminyak dan debu serta kekotoran yang melekat di bahagian tersebut. Kurang menitikberatkan penjagaan wajah akan menyebabkan lebih banyak bintik hitam dan bintik putih.

Tips Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka

Ada segelintir individu yang gemar memicit keluar bintik hitam dan bintik putih. Biarpun cara ini dirasakan praktikal untuk menghilangkan bintik hitam namun ia sebenarnya menyebakan pori-pori bertambah besar dan membuatkan jerawat mudah tumbuh.


Dalam artikel ini NW akan kongsikan beberapa Tips Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka yang boleh anda cuba. Tips yang dikongsikan ini menggunakan bahan-bahan semulajadi yang memang sesuai untuk hampir semua jenis kulit.

Tips Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka
1) Putih Telur – Ambil sebiji telur, pecahkan dan asingkan putih dan kuningnya. Pukul putih telur untuk seketika dan selepas itu sapukan putih telur ke seluruh bahagian muka terutamanya ke bahagian yang banyak terdapat bintik hitam dan putih. Biarkan kering. Selepas itu bilas dengan air yang bersih. Amalkan secara kerap untuk hasil yang efektif.

2) Kacang Soya – Kisarkan beberapa biji kacang soya sehingga halus. Sapukan ke seluruh bahagian muka terutamanya di bahagian hidung, dahi dan dagu. Biarkan sehingga kering. Selepas itu bilas dengan air bersih dan lap dengan tuala yang kering. Kandungan vitamin dari kacang soya selain dapat menghilangkan bintik hitam, ia juga dapat melembutkan kulit.

3) Buah Betik – Ambil sepotong dua betik masak dan kisarkan sehingga halus. Untuk kesan yang lebih efektif, tambahkan dengan sedikit susu segar dan madu. Sapu secara rata ke seluruh bahagian muka. Biarkan sehingga kering dan bilas. Vitamin dalam buah betik dapat membantu memutihkan dan menghaluskan kulit muka.

4) Lemon atau Limau – Ambil sebiji lemon atau limau dan belah kepada dua bahagian. Gosokkan secara lembut ke seluruh bahagian muka terutamanya pada bahagian kulit yang bermasalah bintik hitam dan bintik putih. Lakukan secara kerap untuk melihat hasilnya. Lemon dan limau juga berkesan untuk mengurangkan minyak pada wajah. Bersihkan muka selepas jus limau atau lemon kering seketika.

Jika pori-pori nampak agak besar saiznya, anda boleh tekapkan ketulan ais untuk mengecilkan saiz pori. Pastikan anda menjaga kebersihan kulit wajah secara teratur. Gunakan produk pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Dan gunakan tuala yang kering dan bersih setiap kali selepas membasuh muka.

Apa yang penting adalah minum air suam secukupnya, kerana kekurangan air juga antara penyebab bintik hitam.

INGIN WAJAH FLAWSLESS?






Anda sudah mencuba pelbagai produk namun masih belum dapat produk "peneman" kulit wajah anda? Apa kata pakar kami? :)

  • ALORA SKINCARE merupakan satu produk yang sangat bermanfaat daripada segi bahan dan kesannya kerana dirumus dengan herba yang terpilih dan menggabungkan teknologi saintifik untuk menjaga kulit muka anda tanpa memberi kesan sampingan yang sangat dahsyat akibat penggunaan bahan kimia yang melampau.


----------------------------------------------------------------------
Facebook ALORA SKINCARE HQ DI SINI- Klik Di Sini
----------------------------------------------------------------------


Faedah Lain:-


  • Menegangkan kulit muka
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Mengecutkan jerawat
  • Menyerikan wajah
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Memperbaiki keanjalan kulit





     Whatsapp  ----> 013-711 2885




Share:

0 comments