Kebaikan Senaman Yoga Yang Perlu Anda Tahu


Apakah kebaikan yoga sehingga menjadi pilihan ramai wanita di luar sana? Apakah terdapat risiko kecederaan apabila melakukan senaman ini? Adakah senaman yoga ini sesuai kepada golongan, terutama pada ibu mengandung dan warga emas?

Terdapat banyak kebaikan yoga untuk kesihatan kita.

Diantaranya ialah:

1.    Menenangkan Fikiran

Mencari senaman yang boleh menghilangkan tekanan di kepala anda? Yoga adalah antara senaman yang efektif untuk menghilangkan segala stress yang membelenggu pada diri.

Disiplin pada senaman yoga memerlukan anda sentiasa tenang dan menjaga pernafasan ketika melakukan jenis senaman yang diinginkan. Secara tidak langsung, ia akan melatih anda sentiasa tenang jika menghadapi apa-apa cabaran dan dugaan yang mendatang. Sikap panas baran juga dapat dikikis secara berperingkat.



2.    Mampu Menurunkan Berat Badan

Sama seperti senaman lain, kebaikan yoga juga mampu untuk menurunkan berat badan. Walaupun impak senaman yoga tidaklah setinggi jika anda pergi berjoging, melakukan senaman di gim ataupun menari, namun ia tetap dapat membantu  anda menurunkan berat badan.

Jumlah kalori yang mampu dibakar ketika melakukan senaman yoga selama sejam ialah sebanyak 240 kalori, iaitu ibarat anda berjalan dan berkebun selama sejam!



3.    Membaiki Postur Badan

Antara kebaikan yoga yang lain ialah ia boleh membaiki kembali sturktur badan anda. Mungkin sebelum ini anda duduk tegak dan jarang bergerak semasa bekerja di pejabat. Ia membuatkan ketegangan pada otot dan membuatkan anda mengalami sakit sendi.

Apabila anda melakukan senaman yoga, ia dapat membantu masalah ketegangan otot sendi anda. Senaman yoga menuntut semua pergerakan otot anda menjadi lebih fleksibel. Secara tidak langsung, semua otot anda akan bergerak dan membantu membaiki postur badan anda kembali normal.



4.    Tubuh Lebih Fleksibel

Seperti yang dimaklumkan di atas tadi, kebaikan yoga antara lain adalah membantu menjadikan tubuh badan anda menjadi lebih fleksibel. Pergerakan pada senaman yoga menuntut seluruh tubuh badan anda bergerak dan pergerakan yang sukar akan menjadikan anda lebih fleksibel.

Apabila tubuh fleksibel, badan anda akan lebih seimbang dan otot  jadi lebih kuat. Di samping itu, ia juga menyenangkan anda untuk melakukan sebarang kerja atau senaman tanpa sebarang masalah.

# Senaman yoga juga secara tidak langsung dapat menguatkan tulang anda!



5.    Meningkatkan Daya Kosentrasi

Jangan terkejut kerana antara kebaikan yoga ialah dapat meningkatkan daya kosentrasi anda. Yoga bukan sahaja senaman yang melibatkan fizikal, malah juga menuntut kekuatan mental anda.

Senaman yoga memerlukan anda untuk sentiasa tenang dan kosongkan fikiran untuk melakukannya. Jelas ia dapat membantu dan melatih anda meningkatkan tahap kosentrasi untuk sentiasa fokus dengan sesuatu yang anda lakukan.

Namun, awas! Jika baru ingin memulakan senaman yoga, pastikan anda mengambil jurulatih yang bertauliah untuk memantau senaman tersebut.

Pastikan anda juga tahu tahap kemampuan anda untuk melakukannya kerana yoga banyak melibatkan pergerakan yang melenturkan badan. Jika tersalah cara dan melampaui tahap kemampuan akan mengakibatkan anda tercedera. Di sinilah jurulatih memainkan peranan penting untuk menasihati anda.

Jelas  sekali terdapat banyak kebaikan yoga jika anda konsisten melakukannya. Yoga juga sesuai untuk dilakukan secara beramai-ramai. Bukan apa, dapat mengukuhkan lagi ukhwah persabahabatan anda dan rakan-rakan.

Amalkanlah senaman yoga supaya badan dan kesihatan anda kekal sihat dan terjamin. Jadikan ia sebagai salah satu daripada gaya hidup sihat anda!




Cara Hilangkan Jeragat Di Muka Yang Berkesan dengan Menggunakan Produk iBeauty Malaysia.


Apa itu jeragat?

Sebelum itu, lebih elok sekiranya kita tahu apa itu jeragat. Jeragat juga dikenali sebagai adik kepada jerawat di mana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian pipi, dahi, dagu dan hidung.

Jika anda salah seorang daripada mereka yang bermasalah jeragat, pasti anda tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan masalah tersebut. Disini kami mengesyorkan anda mengunakan produk iSKIN keluaran dari iBeauty.

iSKIN 2x Siang 2x Malam Teruih Segak 

KELEBIHAN iSKIN

• Facial cleanser (Ekstrak Betik)
• mengandungi vitamin C yang membantu merawat kulit bermasalah seperti jerawat & masalah kedutan
• memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah
• menegang serta melembapkan kulit
• melicinkan kulit wajah
• mengurangkan pengeluaran minyak atau sebum dalam kulit
• membantu membersih dan memutihkan kulit

KEBAIKAN iSKIN

? Cover semua parut /bekas lubang / jeragat dimuka
? Tidak bercapuk bila pakai walaupun berpeluh.
? Kesan pelembab yang tahan lama
? Melindungi kulit daripada kesan bahaya sinaran uv
? Mesra solat


iBeauty merupakan satu produk terlaris dipasaran sekarang dan sangat bermanfaat daripada segi bahan dan kesannya untuk menghilangkan JERAGAT kerana dirumus dengan herba yang terpilih dan menggabungkan teknologi saintifik untuk menjaga kulit muka anda tanpa memberi kesan sampingan yang sangat dahsyat akibat penggunaan bahan kimia yang melampau.


Facebook iBeauty HQ Klik Di Sini

2x Siang 2x Malam Teruih Segak, whatsapp cepat!

? Taip <iSKIN> hantar ke 016-4120 900
? Taip <iSKIN> hantar ke 016-4120 900
? Taip <iSKIN> hantar ke 016-4120 900


Share:

0 comments