Petua Mujarab Untuk Hilangkan Parut


Tidak kira parut luka terbakar,parut jerawat,mahupun parut luka bersalin dan sebagainya,semuanya akan menimbulkan rasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai sekaligus menyebabkan kita berada dalam keadaan murung dan kurang keyakinan diri.



Apa Itu Parut?

Sebenarnya parut adalah pertumbuhan kolagen yang berlebihan dan cepat terbentuk akibat proses penyembuhan luka secara semulajadi. Kolagen terdiri daripada sekumpulan protein yang wujud secara semulajadi dan membentuk komponen utama tisu-tisu penghubung.



Jenis-Jenis Parut

1. Parut luka biasa akan kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, Kemudian menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis.



2. Parut atrofi biasanya wujud di bawah permukaan kulit. Contoh parut ini adalah seperti parut jerawat atau parut cacar air (chicken pox).



3. Parut keloid akibat terkena api adalah parut yang timbul di permukaan kult. Parut ini boleh merebak melebihi kawasan yang luka dan juga akan terus membesar dan muncul semula walaupun telah dibuang.


Petua hilangkan parut adalah seperti berikut :


Petua 1:

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Bancuhkan serbuk yang telah lumat tersebut dengan bedak sejuk dan tuangkan sedikit air. Setelah sebati, sapu rata di bahagian yang berparut itu. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga parut beransur hilang.



Petua 2:

Ambil biji asam jawa dan gorenglah tanpa menggunakan minyak kira-kira lima minit. Kemudian,ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Apabila serbuk tersebut keluar titiskan sedikit air dan gosokkan pada parut.



Petua 3:

Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar ketiga-tiga bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan sapu dengan rata di muka anda. Biarkan sehingga kering dan gosokkan perlahan-lahan seperti anda sedang memakai skrub. Setelah itu,bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang memuaskan.



Petua 4:

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insya-Allah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.



Petua 5:

Sediakan jagung muda dan parutkan jagung sehingga lumat dan sapukan pada bekas parut setiap hari sehingga kesan parut tersebut pudar.



Petua 6:

Kulit pisang juga berkesan untuk menghilangkan kesan parut. Gosokkan tempat parut tersebut setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.



Petua 7:

Lendir daun lidah buaya ternyata mampu menghilangkan parut atau kudis jika diamalkan selalu. Malah, ia juga mampu menyejukkan kulit. Caranya, ambil sehelai daun lidah buaya. Kemudian belahkan kepada dua dan ambil lendirnya. Sapukan lendir tersebut pada bahagian tubuh yang berparut sebanyak dua kali sehari dan biarkan ia sehingga kering.



Petua 8:

Ambil segenggam kacang hijau dan tumbuk sampai hancur sehingga menjadi serbuk. Kemudian,campurkan dengan sedikit air. Akhir sekali,sapukan ramuan tadi pada bahagian yang berparut. Amalkan sekerap yang boleh.




Cara Hilangkan Jeragat Di Muka Yang Berkesan dengan Menggunakan Produk iBeauty Malaysia.


Apa itu jeragat?

Sebelum itu, lebih elok sekiranya kita tahu apa itu jeragat. Jeragat juga dikenali sebagai adik kepada jerawat di mana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian pipi, dahi, dagu dan hidung.

Jika anda salah seorang daripada mereka yang bermasalah jeragat, pasti anda tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan masalah tersebut. Disini kami mengesyorkan anda mengunakan produk iSKIN keluaran dari iBeauty.

iSKIN 2x Siang 2x Malam Teruih Segak 

KELEBIHAN iSKIN

• Facial cleanser (Ekstrak Betik)
• mengandungi vitamin C yang membantu merawat kulit bermasalah seperti jerawat & masalah kedutan
• memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah
• menegang serta melembapkan kulit
• melicinkan kulit wajah
• mengurangkan pengeluaran minyak atau sebum dalam kulit
• membantu membersih dan memutihkan kulit

KEBAIKAN iSKIN

? Cover semua parut /bekas lubang / jeragat dimuka 
? Tidak bercapuk bila pakai walaupun berpeluh. 
? Kesan pelembab yang tahan lama 
? Melindungi kulit daripada kesan bahaya sinaran uv
? Mesra solat


iBeauty merupakan satu produk terlaris dipasaran sekarang dan sangat bermanfaat daripada segi bahan dan kesannya untuk menghilangkan JERAGAT kerana dirumus dengan herba yang terpilih dan menggabungkan teknologi saintifik untuk menjaga kulit muka anda tanpa memberi kesan sampingan yang sangat dahsyat akibat penggunaan bahan kimia yang melampau.


Facebook iBeauty HQ Klik Di Sini

2x Siang 2x Malam Teruih Segak, whatsapp cepat!

? Taip <iSKIN> hantar ke 016-4120 900
? Taip <iSKIN> hantar ke 016-4120 900
? Taip <iSKIN> hantar ke 016-4120 900 


Share:

0 comments