5 Pelembab Bibir Yang Bagus Untuk Merawat Bibir Kering


 bibir juga merupakan bahagian yang cukup sensitif dan anda perlu memastikan bahawa pelembab bibir yang anda pilih itu benar-benar sesuai dengan jenis bibir anda.

Pelembab bibir berfungsi untuk menjaga agar bibir tetap lembab. Jadi, sebab itulah pelembab bibir menjadi salah satu produk kecantikan wajib bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan dan kecantikan bibirnya.

Bibir kering cenderung akan mengalami pecah-pecah dan kulit bibir mengelupas.Masalah ini perlu dicegah atau ditangani untuk menjaga kesihatan bibir. Namun, bagaimanakah cara untuk mengetahui bahawa pelembab bibir tersebut benar-benar sesuai? Nak tahu, baca artikel ini sampai habis.

Untuk mengetahui bahawa pelembab bibir tersebut bagus adalah dengan memeriksa kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam pelembab bibir tersebut. Pelembab bibir yang bagus sebaiknya diperbuat dari bahan-bahan semulajadi kerana bahan tersebut boleh mengurangkan efek sampingan dan memberikan manfaat kesihatan.

Jika anda mahu mencari pelembab bibir yang bagus, sebaiknya pilihlah yang mengunakan bahan-bahan seperti berikut:-



1. Lidah Buaya

Lidah buaya bukan hanya  bermanfaat untuk rambut, bahkan punya banyak khasiat untuk penyembuhan kulit. Lidah buaya sangat baik untuk memperbaiki keadaan kulit yang rosak dan menghilangkan iritasi.

Lidah buaya juga bagus untuk mengatasi bibir pecah-pecah kerana sifatnya yang menyejukkan kulit. Ketika bibir pecah-pecah, biasanya bibir akan terasa panas seperti terbakar dan perit. Lidah buaya ini akan membantu membuat bibir terasa lebih sejuk dan nyaman. Selain menyembuhkan, lidah buaya juga membantu melembabkan bibir untuk mencegah bertambah parah kerosakan bibir. Anda boleh menggunakan lidah buaya ini dalam bentuk krim, gel, atau pelembab bibir yang mengandung ekstrak tanaman ini.



2. Shea Butter

Shea butter adalah getah (lemak) dari pohon shea yang tumbuh di daerah Afrika Barat. Getah yang berwarna kekuningan ini sangat popular digunakan sebagai campuran dalam pelbagai pelembab tubuh. Manfaatnya bukan hanya tertumpu untuk tubuh; shea butter juga berfungsi untuk mengatasi bibir yang pecah-pecah. Kandungan vitamin di dalamnya akan membantu menyembuhkan dan menghidrasi kulit.

Namun, anda perlu berhati-hati kerana kandungan  aroma cukup kuat, shea butter boleh menyebabkan reaksi alergi pada bibir, terutama pada kulit sensitif. Gunakan shea butter nipis-nipis di bibir, terutama pada bagian bibir yang pecah-pecah. Gunakan pada pagi dan malam hari.



3. Minyak Zaitun

Berfungsi untuk mengatasi bibir pecah-pecah, kering dan menghitam.Kandungan dalam minyak zaitun juga efektif untuk memerahkan bibir secar semulajadi tanpa kesan sampingan.



4. Madu

Hampir semua produk pelembab bibir menggunakan madu kerana sejak dahulu lagi madu telah digunakan sebagai pelembab bibir semulajadi. Jika anda tidak mahu menggunakan produk pelembab, anda boleh menyapu madu ke bibir anda. Madu dapat menjaga kelembapan bibir cukup lama dan mengatasi bibir kering.



5. Minyak Kelapa

Minyak kelapa adalah pelembab yang mempunyai khasiat baik untuk menghilangkan pecah-pecah bibir dan membuatnya menjadi sangat lembut.Jika anda tidak suka memakai pelembab bibir, anda boleh menyapu minyak kelapa di bibir dan biarkan beberapa saat. Minyak ini akan memberikan hasil yang baik, terutama ketika anda mengalami bibir pecah-pecah akibat cuaca panas ataupun sejuk.



Tips Tambahan!!!

Ketika anda sedang memilih produk pelembab bibir, anda boleh mencubanya dahulu di tangan anda untuk menguji sensitivitinya terhadap kulit anda. Usapkan pelembab bibir di tangan dan biarkan beberapa saat. Jika kulit terasa gatal atau terbakar, sebaiknya produk itu tidak digunakan.Sekiranya kulit tidak mengalami apa-apa reaksi, anda bolehlah menggunakannya.

Share:

0 comments