Resepi Coleslaw dan Kentang Putar


Resepi mudah dan ringkas coleslaw & kentang putar. Sekiranya teringin, anda tidak perlu
ke KFC lagi. Selamat mencuba resepi homemade ini!

COLESLAW

Bahan-Bahan :

Karot
Kobis
2 sudu Mayonis

Cara-cara :

1 sudu susu segar
Garam secukup rasa

1. Kesemua bahan digaul. Kuantiti mayonis dan
susu bergantung kepada kuantiti sayur diguna.
2. Simpan & tutup dalam peti ais selama 3 jam atau lebih.




KENTANG PUTAR

Bahan-bahan :

10 biji kentang dipotong kiub
1 s/k lada hitam ditumbuk
1/2 cawan susu segar
Garam

Cara-cara :

1.Rebus kentang dgn sedikit garam
2.Setelah empuk toskan air dan tumbuk.
3.Kemudian kacau sehingga kentang jadi halus menggunakan hand mixer.
4.Sambil putar sambil masukkan garam, lada hitam dan susu.

SOS KENTANG PUTAR

Bahan-bahan :

650 ml air
5 sudu besar stok ayam jeAnis cecair.
1 biji bawang besar dicincang
1 batang saderi dicincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 s/b sos tomato
1 s/b sos tiram
serbuk lada hitam
kicap

Cara-cara :

1.Masak air dan stok ayam dan bawang besar hingga mendidih.
Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk, ambil air tapisan.
2.Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil
hingga tak melekat pada tepi periuk.
3.Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau
supaya tak berketul.
4.Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat. Sedia untuk di ngap!



Share:

0 comments