Chicken Chop Mudah dan Ringkas

Memilih menu untuk dimasak setiap hari pastinya tidak mudah.
Kadang-kadang masa yang terhad menuntut kita untuk menyediakan
masakan yang ringkas dan sedap. Apakata anda cuba resepi ringkas
Chicken Chop ini untuk kelainan. Selamat mencuba!

Boleh tambah cendawan kedalam kuah untuk lebih sedap

Bahan-bahan menyediakan ayam :

*Paha ayam 
*Tepung goreng kentucky
*Telur
*Sos tiram

Bahan-bahan membuat sos :

*Sos tomato
*Air 100ml
*Sos lada hitam 
*Kicap
*Halia
*2 biji bawang putih
*1 ulas bawang besar
*1 s/b tepung jagung
*Lada hitam
*Tomato

Cara-cara menyediakan ayam :

1.Perapkan semua daging ayam tersebut dengan sos tiram dan telur.
2.Setelah sebati celupkan ayam dengan tepung kentucky.
3.Kemudian gorengkan ayam tersebut.

Cara-Cara Membuat Sos:

1.Ambil bawang putih dan halia (ditumbuk) dan tumiskan.
2.Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.
3.Selepas itu masukkan serbuk lada hitam, gula, garam dan perasa tambahan.
4.masukkan pula bawang besar dan tomato.
5.Akhir sekali bancuh tepung jagung dengan air masak dan campurkan dengan sos tersebut supaya pekat. siap dan hidangkan.

Share:

0 comments