RESEPI PAD THAI NOODLE MAGGI® CukupRasa™


RESEPI PAD THAI NOODLE yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa

Bahan-bahan:
Mi atau kuetiau
2 sudu gula perang
2 sudu asam jawa
2 sudu sos ikan
5 sudu minyak sayuran
1 biji bawang besar, lebih kurang 1 auns dan cincang halus
2 ulas bawang putih besar, cincang halus.
6 auns tofu lebih pejal, potong seakan batang mancis sepanjang 1 inci dan 1/4 inci lebar serta tebal
2 sudu udang kering
8 auns udang bersaiz besar, dikupas kulit
2 biji telur, dipukul sebati
3 biji bawang muda, dipotong panjang 1 inci dan 4 auns taugeh mentah
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa
Perasa:
1 biji limau nipis dipotong wedges
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa
Sos ikan
Serbuk cili merah
1/3-1/2 cawan kacang panggang dicincang
Cara-cara:
Rendam mi ke dalam air bersuhu bilik selama 30 hingga 40 minit. Biarkan ia sehingga lembut. Toskan dan potong sepanjang 6 inci. Ketepikan sementara.
Di dalam sebuah mangkuk kecil, kacau gula, asam jawa dan sos ikan sehingga larut. Ketepikan.
Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana tinggi. Apabila minyak panas, masukkan mi yang telah ditos ke dalam kuali agar mi tersebut tersalut bersama minyak panas tetapi jangan biarkan ianya terlalu lama, hanya dalam masa 1 minit sahaja. Tambah sos yang sudah dikacau sebati tadi bersama mi di dalam kuali agar mi disalut rapi dengan minyak dan sos.
Tolak mee ke bahagian tepi kuali dan tambah 2 sudu besar minyak ke dalam kuali. Tuangkan bawang merah, bawang putih, lobak merah, tofu dan udang kering, 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa. Kacau selama 1 minit di bahagian sebelah mee yang sedang masak (di dalam kuali yang sama).
Tambah udang segar ke bahagian campuran bawang dan kacau sehingga udang menjadi separuh masak, lebih kurang 1 minit.
Kacau mi di sekitar kuali dan membentuk lubang di bahagian tengah kuali. Tuangkan telur dan kacau telur menjadi scramble menggunakan spatula sehingga telur masak lebih kurang dalam masa 1 minit.
Pada ketika ini, tiada lagi kuah atau sebarang lembapan di dalam kuali, mi akan menjadi lembut sepenuhnya setelah menyejat wap dan air yang terhasil di dalam kuali. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Hidangkannya dan tabur taugeh mentah serta gaul sebati. Tambahkan bahan perasa dan perah limau nipis untuk lebih keenakan.

Share:

0 comments