Resepi Spagetti Telur Masin MAGGI® CukupRasa™


Resepi Spagetti yang lazat tak terkata hingga suami minta tambah lagi! #maggicukuprasa

Bahan-bahan
250 gram spaghetti
4 biji kuning telur masin
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 ulas bawang besar (cincang halus)
2 biji buah keras (sangai dan parut)
5 biji cili padi merah
5 helai daun kari
1 cawan stok ayam
2 sudu besar krim cair
2 sudu besar minyak masak
Sedikit serbuk lada putih
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™

Cara-cara
Rebus spaghetti sehingga aldente. Angkat dan siram dengan air sejuk.
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
Kemudian masukkan cili padi, buah keras yang telah diparut, telur masin, daun kari dan serbuk lada putih. Tumis sehingga naik bau.
Tuangkan stok ayam sedikit demi sedikit. Masak sehingga didih dan pekat. Pastikan telur masin tidak bergumpal. Masukkan 1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
Tutup api dan kisar terlebih dahulu sos supaya teksturnya lebih halus dan pekat. (Asingkan daun kari dan cili padi terlebih dahulu).
Kemudian masak sos yang telah dikisar bersama krim cair di atas api kecil.
Selepas itu, barulah masukkan spaghetti.
Boleh dihidangkan bersama ayam goreng dan hirisan lemon.

Share:

0 comments